• The Scott Garden, Kuala Lumpur
  • (0060) 3 2702-1266
  • June 3, 2021
  • Yemen
  • By

Ramadan Al-Khair 2021

RM 100,000 Money Spent

This post is also available in: Malay

10 Malam Terakhir Ramadhan.

Sedar tak sedar Ramadhan semakin hari semakin meninggalkan kita. Jangan biarkan Ramadhan kali ini berlalu pergi tanpa sebarang kebaikan yang kita lakukan kerana mungkin sahaja ianya merupakan Ramadhan terakhir buat kita. Semoga Allah izinkan kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Allahumma Amen.

Sibukkanlah diri kita dengan perbanyakkan amalan ibadah, amalan kebaikan , selawat, zikir, tilawah dan tadabur. Ianya tidak lain tidak bukan sebagai bekalan untuk kita bawa bertemu Azzawajal di akhirat kelak. Persiapkanlah diri kita dengan sebaik -baik persiapan agar kita tidak kita kesali dikemudian hari.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).

Kami menyasarkan bantuan pada tahun ini bersempena 10 malam terakhir ini sebanyak RM 10 000.

Misi ini tidak dapat dijalankan tanpa bantuan dan pertolongan daripada anda semua.

Ayuh Bersama kami di Yemen kasih Malaysia dalam menjayakan misi kami pada tahun ini untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Yaman.

Sumbangan anda sangat bermakna buat mereka semua.

Jemput kalian semua untuk sebarkan dan like post ini.

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.” [Riwayat Muslim (1893)].