• The Scott Garden, Kuala Lumpur
  • (0060) 3 2702-1266
Sedekah Yaman

Winter Kempen

0.something%

Current
RM 0
Target
RM 50,000
Needed Donation

Donor list

All Donations

This post is also available in: Malay

Selimut “Sayangi Yaman” 2021-2022

Kami merasai apa yang dideritai oleh keluarga-keluarga pelarian di Yaman.
Ramai kanak-kanak yang mati kesejukan di dalam khemah-khemah mereka.
Marilah kita membantu menghangatkan badan mereka dari kedahsyatan kesejukan yang menerpa.

Ramai di antara kita yang melihat musim sejuk dan keindahan salji di kaca televisyen. Tetapi pada hakikatnya, kedinginan dan putihnya salji ini telah memporak perandakan kehidupan kebanyakan ibu-ibu yang kehilangan anak-anak mereka dari kesejukan yang teramat ini.

Salji dan musim sejuk bagi kita adalah sesuatu yang menyeronokkan dan indah tapi tidak bagi keluarga di Yaman. Bagi mereka musim sejuk dan salji adalah satu kesedihan dan detik-detik kecemasan buat mereka.

Keadaan mereka sangat mengharukan di mana mereka merupakan pelarian yang melarikan diri dari kawasan peperangan dan pembunuhan rambang. Kini, Mereka tidak akan pulang lagi ke rumah mereka yang terbina dari dinding-dinding yang tebal serta pintu-pintu yang boleh ditutup. Kini, penderitaan mereka telah berterusan hampir 7 tahun sebagai pelarian perang.

Sempadan daratan yang menghubungkan mereka dengan negara-negara bersebelahan telah pun ditutup bagi mengelakkan mereka melarikan diri ke sana. Akan tetapi mereka memilih untuk berpindah ke bukit-bukit dan tempat-tempat terbuka. Itulah dia tempat bagi mereka menyelamatkan diri dari dibunuh tanpa memikirkan penderitaan lain yang bakal dideritai mereka seperti kelaparan, kesejukan, kesusahan mendapatkan sumber air. Mereka tidak ada apa-apa melainkan hidup di dalam khemah pelarian dengan kain yang kotor dan tidak dicuci disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu. Pada suatu ketika, khemah mereka pernah dimasuki air banjir disebabkan hujan dan salji yang berterusan. Pada realitinya, setiap tahun khemah mereka akan rosak dan jatuh disebabkan angin ribut. Di sana juga ramai kanak-kanak yang mati disebabkan kesejukan dan kelaparan.

Cuba bayangkan mereka terpaksa membiasakan diri dengan keadaan cuaca yang teramat sejuk sehingga mencecah 2- darjah celcius tanpa memakai apa-apa pakaian tebal dan baju yang sesuai. Anak-anak kecil mereka berjalan berkaki ayam tanpa memakai stokin atau pun kasut.

Mereka sangat memerlukan selimut tebal, kayu-kayu, pakaian musim sejuk dan makanan kerana harga semua barangan termasuklah makanan telah melambung tinggi akibat peperangan, konflik dan sekatan udara. Bantuan kepada mereka juga disekat masuk kerana bagi keamanan kawasan dan ketakutan dari pembunuhan.

Mereka akan dapat merasakan kehangatan dari kesejukan melampau setelah dibelikan kayu-kayu untuk dibakar, selimut tebal dan pakaian musim sejuk kepada mereka. Mereka juga mungkin dapat merasakan sedikit hangat ketika berada di dalam khemah. Tidak ada sesiapa yang sanggup menanggung apa yang ditanggung oleh para pelarian di kawasan perkhemahan yang sejuk pada musim sejuk ini.

Cuba bayangkan, tidak kurang dari 17 orang kanak-kanak di perkhemahan pelarian Yaman mati setiap tahun disebabkan kesejukan dan rendahnya suhu tubuh badan mereka. Pada realitinya, Ramai populasi dewasa yang meninggal dunia akibat kesejukan dan penyakit yang datang dari kesejukan melampau.

Syukur kepada Allah, Pertubuhan Yaman Kasih Malaysia telah menyampaikan bantuan musim sejuk yang telah mencapai lebih dari RM 200,000 bagi pelarian di Yaman yang berada di utara Yaman serta juga mereka yang tinggal di kedai-kedai yang teramat kecil.

Pada tahun ini, Pihak Yaman Kasih ingin mengajak anda semua untuk menyertai misi kami di dalam bantuan menyelamatkan kehidupan saudara-saudara kita di Yaman yang sedang bergelut dengan keadaan cuaca sejuk yang melampau pada kempen “Yemen Love Blanket” atau ” Selimut sayangi Yaman” dalam membahagikan selimut-selimut, pakaian sejuk, makanan, kayu-kayuan yang akan digunakan oleh mereka bagi menghangatkan dan menyelamatkan diri mereka dari keadaan kesejukan melampau yang melanda mereka. Kita juga akan memberikan bakul makanan kepada mereka kerana kelaparan yang mereka hadapi sepanjang tahun dan mereka sangat bergantung kepada bantuan makanan dari orang ramai.

Dan di antara keperluan yang sangat-sangat diperlukan oleh mereka ketika mana suhu cuaca menjadi sangat sejuk di bawah suhu beku adalah pakaian tebal, stokin, kasut, kayu dan selimut.

Seringgit sumbangan anda bakal menyelamatkan nyawa mereka

Marilah bersama menyertai misi kami wahai rakyat Malaysia yang dimuliakan. Kita berkongsi sedikit dari rezeki kita bagi menyelamatkan kehidupan pelarian Yaman yang telah menjadi mangsa peperangan dan konflik. Sejak 7 tahun peperangan telah berlaku yang mengorbankan mereka yang tidak berdosa sehingga ke hari ini.

Bantuan anda akan menyelamatkan nyawa mereka.

Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya ” Barangsiapa yang mengangkat kesusahan seseorang Mu’min, maka Allah akan menyelesaikan kesusahannya pada hari Kiamat”. Dan bagi sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan Akhirat”. ( Hadis Riwayat Muslim)

Kami berharap agar setiap sumbangan yang kita berikan ini akan dikira oleh Allah bagi mengangkat setiap musibah dan kesusahan kita. Semoga Allah akan mempermudahkan jalan kita ke syurga. Amin. In sha Allah.

‘Yaman Kasih Malaysia’